About Us News Events Information Contact Us Media Umrah

PENGENALAN PRISMA

Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia atau nama ringkasnya PRISMA adalah sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan peringkat Kebangsaan untuk komuntiti Muslim Pekak di seluruh Malaysia. Ia juga bukan mengaut keuntungan yang ditadbir oleh pemimpin Pekak untuk menggiatkan agenda tarbiyah (pendidikan), ukhuwah (persaudaraan) dan khairiyyah (kebajikan).

PRISMA telah mendapat sijil pendaftaran pertubuhan bernombor pendaftaran PPM-002-10-21012011 dan bertarikh 21hb Januari 2011 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor. PRISMA bergabung dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang mempunyai 14 buah ahli gabungan MFD negeri yang menyediakan Kelas Al-Quran dan Fardhu' Ain (KAFA) untuk komuntiti Muslim Pekak dan mualaf kesamarataan jantina.

MOTO PRISMA

"BERUSAHA, BERILMU DAN BERKHIDMAT"

VISI PRISMA

Menjadi peneraju utama dalam pembentukan komuniti Muslim Pekak yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.

MISI PRISMA

Merealisasikan agenda pembangunan umat Pekak secara terancang dan melaksanakan dakwah yang mesra dengan bahasa isyarat.

MATLAMAT PRISMA

HASIL UTAMA


PERLEMBAGAAN PRISMA

Sekiranya fail Perlembagaan PRISMA tidak dapat dipaparkan dalam telefon bimbit anda, dipersilakan klik FAIL INI untuk membaca dalam perisian PDF versi telefon bimbit anda. Harap maaf.