PENGENALAN PRISMA
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) atau nama ringkasnya PRISMA adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan peringkat Kebangsaan untuk komuntiti Muslim OKU Pekak di seluruh Malaysia. Persatuan ini ditadbir oleh pemimpin Muslim Pekak untuk mempergiatkan agenda tarbiyah (pendidikan), ukhuwah (persaudaraan) dan khairiyyah (kebajikan).
PRISMA telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor (ROS) pada 21hb Jan. 2011 bernombor pendaftaran PPM-002-10-21012011 dan juga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 22 Dis. 2017 bernombor pendaftaran NGO-i(MAIS)-051-22122016. PRISMA bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memperjuangkan hak penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia melalui projek pembangunan Terjemahan Quran dalam Bahasa Isyarat Malaysia (Q-BIM) dan pemurnian Bahasa Isyarat Malaysia Islam (BIM-I).
MOTO PRISMA
"BERILMU, BERAMAL, BERDAKWAH DAN BERSABAR"
VISI PRISMA
Menjadi peneraju utama dalam pembentukan komuniti Muslim Pekak yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.
MISI PRISMA
Memperkasakan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Muslim Pekak melalui dakwah dalam Bahasa Isyarat Malaysia.
MATLAMAT PRISMA
- Menyatukan orang Pekak beragama Islam dalam satu masyarakat.
- Melaksanakan Program Pembangunan Islam kepada warga Pekak.
- Memantapkan Aqidah orang Pekak Islam.
- Bekerjasama dan mengeratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan pertubuhan tanpa mengira kaum bagi mewujudkan persahabatan di peringkat kebangsaan dan antrabangsa.
- Mendapatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam.
- Memberi bimbingan dan nasihat kepada warga Pekak untuk menyelesaikan
masalah dan perdamaian.
- Mengembang dakwah kepada warga Pekak Islam melalui pendakwah
bertauliah.
STRATEGI PRISMA
- Mewujudkan Kelas Pengajian Al-Quran untuk golongan Pekak di setiap negeri.
- Memperkukuhkan dana PRISMA ke arah membantu memperluaskan aktiviti-aktiviti Dakwah, Kebajikan & Pendidikan.
- Mempergiatkan Kursus Bahasa Isyarat Malaysia Islam (BIM-I) dan meningkatkan kemahiran bahasa isyarat sebagai komunikasi dalam kalangan golongan agamawan.
- Mempergiatkan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) Al-Quran & Ibadah untuk golongan Pekak.
- Mempergiatkan Kursus Kemahiran Ejaan Jari Arab untuk golongan guru agama pendidikan khas di sekolah kerajaan.
- Memperluaskan Aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia Islam dalam pengajian Al-Quran, Sunnah serta Ibadah utk golongan Pekak.
PERLEMBAGAAN PRISMA
Sekiranya fail Perlembagaan PRISMA tidak dapat dipaparkan dalam telefon bimbit anda, dipersilakan klik FAIL INI untuk membaca dalam perisian PDF versi telefon bimbit anda. Harap maaf.